topbella

Monday, April 16, 2012

di terengganu dec2011..
di RFC...
di masjid kristal...





assalamualaikum ...
bertemu kembali di kanvas maya ini....maaf kerana terlalu lama menyepikan diri...mcm biasa..alasan yang sama..sibuk,takde masa, sibuk menguruskan anak2..etc....hakikatnya, nak seribu daya, taknak seribu dalih....kadang mengisi entri ni pun merelease tension....hari ni nak isi eg tukar,terlupa password...jenuh bertanya pihak2 yg berkenaan tapi hampa....mcm x diizinkn nak pindah je...
ikutkan rasa hati..mls nak tukar sekolah...dah serasi selama 6 tahun disini...kwn baik sendiri dh pindah...kita ni bila lagi...anak dah bertambah....serentak dengan bertambahnya berat badan...seiring usia yg semakin meningkat....kualiti kerjaxtaulah semakin meningkat ke tidak...amalan2 ibadah...lagilah...doalah..semakin kearah positif...bukan manusia yg menilai..hanya Dia...
anak ke ke3 dah menginjak 8 bulan...dh pandai berdiri,nak bertatih...nilah anak lelaki pertama...pasti menjadi tumpuan lebih....yg seronok mohd asim suka tersenyum dan mudah mesra dengan org yg xdikenali.....
hari ni masuk hari ke 2 suami pergi umrah.....pengurusan anak, saya uruskan sendiri di bantu nenek yg sabar sentiasa dengan karenah anak2 yg semakin teruja mengekplorasi.....hai...moga tidak tersilap langkah dalam mendidik dan mentarbiah mereka....bukan suatu perkara yg mudah mendidik anak2 yg rapat umurnya wlupun dr 1 segi yang lain ianya mudah....perlu kesabaran yg tinggi.....paling mencabar..apa yg kita xajar itulah yg diikut..pengaruh sekeliling....
ok jumpa lagi dilain entri....tp xtau bl....ilalliqo'

Monday, April 4, 2011

lama sudah tak menjenguk...


salam...

Lama sungguh tidak menarikan jemari di keyboard....ingatkan takde org nk baca....selain diselimuti kesibukan sebagai penjawat awam merangkap suri rumah separuh masa...tentunya membataskan untuk menaip...sangka tak sangka sudah masuk hampir 6 bulan menanti lahirnya permata ke3...org kata produktif..tapi dh rezeki Allah nak bagi alhamdulillah...

Sebenarnya banyak nak diluahkan dan nak dimuntahkan di ruang siber yg terhad ni..tetapi waktu terlalu mencemburui...di pagi sepoi2 bahasa nilah rutin sy untuk menyetelkan urusan rumahtangga melipat kain & mengemas rumah....sebelah siang sibuk membesarkan 2 org si comel tu yg keletah....cabaran baru sebagai seorg ibu untuk anak yg bakal baru lahir...apap2pun....semua itu menjadikan kita seorg yg berdisiplin dlm menguruskan waktu.....
semua itu sebagai jihad sekiranya ikhlas kerana Nya...yang penting jgn stress...

Bila cbuk2 mcm ni...kadang terdetik di dalam hati..nak tambah ilmu lagi yg semakin pupus di jiwa...mungkin suatu masa nanti takdir menentukan & Allah tu tidak membebankan seseorang melainkan apa yg hambaNya termampu...bila fikir pasal kerja kat luar dan dalam...sampai bila nak sibuk je...takkan sampai pencen...pencen 58 tahun itupun klu panjang umur...ntah ada penyakit apa pulak..ish...seriau plak memikirnya....apa2halpun nak cuba luangkan masa untuk menambah ilmu dan mengamalkannya ..tu yg penting...

ok...masa amat berharga....jadilah isteri terbaik untuk suami dan ibu yg terbaik untuk anak2..pekerja yg baik untuk boss..yg paling penting..hamba yg terbaik di sisiNya.barakallah.....



Wednesday, October 20, 2010

Always be there-Maher Zain


Allahu Akbar…
If you ask me about love

And what i know about it
My answer would beIt’s everything about Allah
The pure love, to our souls
The creator of you and me,the heaven and whole universe
The one that made us whole and free
The guardian of HIS true believers
So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
So when the time is hard

There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart
So when you lose your way

To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…
HE bring ourselves from the darkness into the light

Subhanallah praise belongs to YOU for everything
Shouldn’t never feel afraid of anything
As long as we follow HIS guidance all the way
Through the short time we have in this life
Soon it all’ll be over
And we’ll be in His heaven and we’ll all be fine
So when the time gets hard

There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart
So when you lose your way

To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…
Allahu Akbar…
So when the time gets hardThere’s no way to turn

As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be thereHE’s always watching us, guiding us
And he knows what’s in all in our heart
So when you lose your wayTo Allah you should turn

As HE promise HE will always be there…
Allahu Akbar…

Thursday, September 16, 2010

AKULAH......SIAPA KAMU




Akulah..... Siapa kamu?
Lahirku di Kampung Al-Jaurah,Selatan Tebing Gaza, 1938 Masihiah,Tercetus perang 1948, familiku berpindah,Mengharung kaki menuju Ghazzah. (Gaza)
Tika asyik beriadah bersama teman, Malang menimpa, aku terhumban, Lumpuh seluruh badan, Namun, kutekad kekuatan, Lumpuhku tidak bisa menghalang pergerakan, Minda, fikiran, tadbir jua amalan...
Kutamatkan pengajian sekolah,Kuteruskan ke Universiti Ain Syams, padah,Setahun berlalu dan aku terpaksa berhenti,Hati yang terhiris itulah,Yang kubawa ke Mesir gagah,Kukenal Ikhwan, sertai jamaah.
Di Palestin,Akulah guru, mengajar tatatertib,Berkhutbah di masjid, akulah khatib,Akulah pengasas Majma' Islami,Pada 70-an tekad bersemi.
1983, aku ditangkap dituduh,Pengasas Majd Mujahidin pembunuh,13 tahun penjara, mahkamah menyuruh,Namun terbebas selepas bulan kesepuluh.
Kuasaskan lagi gerakan HAMAS,Gerakan Penentangan Islamiah, kemas,1987, HAMAS berdiri tegas!
Sekali lagi, ditangkap askar Yahudi,Dihukum penjara seumur abadi,Ditambah 15 tahun lagi,Kerana mengasas HAMAS menggempa Yahudi!
Makin hari, kumakin lemah, di penjara,Pandangan kananku hilang mutiara,Mata kiriku kabur, terseksa didera,Penyakitku kronik, dihantar ke Hospital Penjara
.
Subuh 1 Oktober 1997 barakah,Aku dibebas dengan janji payah,Antara Jordan & Israel laknatullah,Selepas serangan Khalid Masy'al tergagal, musnah.
Kusenyum, kulihatIntifadah Aqsa, bangkitnya ummat,Menentang, melawan Zionis penjajah laknat,Hingga terbunuh jua tercedera berat.
Pagi,Malam Isnin aku bersolat sendiri,Munajatku mohon ke hadrat Ilahi,Agar ganjaran Syahid diberi di sisi,Dan kuniat puasa di pagi hari.
Masjid, 22 Mac 2004 - Fajarnya,Usai solat Subuh, tiada lama hanya,Tika berjalan pulang, aduh sakitnya,Tiada rasa nyeri, pulanglah,Pulanglah ke hadrat Tuhanku, Allah,Haruman syurgawi, rohpun terbanglah,Duniaku, pisahlah,Nyata kerananya dan kerana-Nya aku lelah...
Akulah Syeikh Ahmad Ismail Yasin! Siapa kamu? Apa yang kamu telah sumbangkan untuk agama Allah?

Monday, August 30, 2010

Wednesday, August 4, 2010

Destinasi cinta


Sudah lama tidak menarikan jemari di keyboard...maklumlah..masyghul awi2 dengan rutin seharian ditambah dengan kepulangan kekanda tersayang..sudah sepurnama kepulangan suami di sisi..seronok dengan suasana 'kekeluargaan' yg 2 bulan terkoma seketika..


pejam celik pejam celik...bulan yg dinanti setahun sekali bertandang kembali...adakah masih berpeluang untuk bertemu semula...?moga2 Allah masih memberi kekuatan dan dipanjangkan umur untuk menghirup kelazatan nikmat beribadah..tatkala ramadhan kembali bertandang terkenang saat indah menyambut ramadhan di ardhul kinanah yg tiada tolok bandingnya...kadangkala sehingga menitiskan airmata betapa rindunya pada hembusan debu2 bumi anbiyak...Moga suatu hari nanti..masih tersisa rezeki untuk menghirup udara madeterrenian di bumi iskandariah...


Madrasah rabbaniah bakal hadir...sudah bersediakah roh dan jasad ini untuk ditarbiah agar melahirkan semula roh yg segar dan tegar mengharungi dugaan duniawiyah..wahai sahabat...sama2lah kita menyambut dengan mangkuk hati untuk dicurahkan dengan limpah dan rahmat dari Yang Maha Penyayang...salam Ramadhan Kareem...

Thursday, July 1, 2010

Piala Dunia: Waspada Daripada Mempromosikan Kekufuran!


Stadium bergempita. Tidak cukup sorakan manusia, vuvuzela mengalunkan pula irama lebah memenuhi pelusuk dunia. Seluruh bangsa-bangsa manusia bersatu. Seolah-olah dunia tidak pernah bersengketa. Bagaikan manusia tidak pernah berperang. Semuanya berhenti dan menumpu pada sebiji bola bernama Jabulani.

Isu-isu besar khali tanpa suara. Senyap tiada bernada. Yang berbunyi adalah bicara tentang sebiji bola dan siapa bakal merangkul juara.
Isu gula mahal tenggelam timbul. Isu Gaza terhenti seketika. Isu liwat juga seperti hilang taringnya sementara. Pokok pangkalnya, kedai-kedai kopi ceruk kampung hingga ke meja bulat persidangan antarabangsa, semuanya berkisar tentang kesebelasan pasukan pilihan utama.

Tertarik saya pada satu iklan siaran TV Mesir mengenai Piala Dunia. Gambarannya begini, sekumpulan pekerja lelaki di dalam pejabat siap berpakaian kot secara tiba-tiba berubah menjadi pemain bola. Mereka berlumba-lumba memasukkan ‘sesuatu’ yang dianggap bola ke dalam beg. Selepas berjaya bola dijaringkan ke dalam beg, mereka bertukar-tukar baju kot. Sebuah simbolik kepada perlawanan dunia.

Iklan kedua wataknya adalah wanita. Dua orang wanita berkejaran di dalam pasaraya mahu mendapatkan suatu barangan yang terhad. Posisi mereka seperti bermain bola. Siap beraksi tarik menarik baju, lalu dikenakan kad atas kekasaran itu. Kamera litar pasaraya dijadikan bahan bukti utama simbolik perlawanan olok-olok.
Dipendekkan cerita, bulan Jun dan Julai tahun ini adalah pesta temasya besar dunia yang fokusnya pada titik Piala Dunia. Segenap ruang legar media berkisar di situ. Mahu mengaut keuntungan lebih juga adalah titiknya di situ.

KITA ADALAH MEREKA?
Seperkara saya kira ianya amat penting untuk dimuhasabahkan bersama. Sedang ralit dalam bergabung di dalam keghairahan bola sepak Piala Dunia, cuba kita memerhati perlakuan mahupun suasana di sekeliling kita. Apakah perkara kebetulan ini adalah sengaja ataupun tanpa disedari berlaku.
Perkara apa?
Bunyinya agak menyesakkan. Ya, jika kalian seorang muslim – harus peka!
Mempromosikan Lambang Salib
Fenomena ini sudah lama berlaku tanpa disedari mahupun dalam situasi bawah sedar. Cuba perhatikan, kebanyakkan negara yang menyertai Piala Dunia setiap 4 tahun sekali ataupun kejuaraan Liga picisan lainnya adalah dibayangi negara berlambangkan logo salib.
Lalu dalam sedar atau tidak, ada sebilangan dari kita dengan senang hati menyarung jersi berlambang salib itu. Ia dianggap remeh. Alasannya adalah semata-mata menyarung jersi. Soal gambar atau logo itu bergantung kepada niat. Wah, lancang sekali mulut berbicara tanpa berlapik.

Sedangkan Rasulullah SAW pernah berpesan di dalam sebuah hadis bermaksud:
Daripada Ibnu Umar r.a berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang menyerupai dengan sesuatu kaum maka beliau tergolong di kalangan mereka.” (Riwayat Ahmad)
Di dalam memahami masalah ini juga, kita harus melihat bahawa syara’ menegah sesiapa sahaja termasuk kafir zimmi (non-muslim yang menetap di bawah negara Islam) supaya tidak menzahirkan syiar-syiar agama kuffar di tempat khalayak awam. Sedangkan kafir zimmi juga fuqaha’ sudah menetapkan hukum sebegitu, inikan pula kita yang bergelar muslim.
Perkara ini dengan jelas dikhabarkan oleh Al-Ustaz Doktor Muhammad Said Ahmad Amir di dalam kitab Muhadharat Fiqh as-Sadah asy-Syafie’iyyah di bawah penerangan tajuk larangan kafir zimmi menzahirkan kemaksiatan di khalayak umat Islam secara terbuka. Ini termasuklah menzahirkan salib kristian, menzahirkan konsep triniti (seperti kepercayaan Yahudi dan Nasrani bahawa al-Masih Isa dan Uzair adalah anak Tuhan), memperlihatkan kemungkaran, menayangkan arak dan babi.
Jelas.

Lalu apakah kita mahu menjadi sebahagian daripada mereka? Nauzubillahhi minzalik. Mari muhasabah kembali sahabat-sahabiah.
Menzahirkan Lambang Arak
Terdapat sesetengah jersi bola sepak umumnya turut menzahirkan lambang syarikat arak yang menaja pasukan. Ini jelas terpampang pada sesetengah jersi berjenama dunia, baik di dalam perlawanan bola sepak liga mahupun piala berprestij khususnya World Cup.
Dan perkara ini seolah-olah dipandang enteng oleh sesetengah muslim yang sedar, walhal dosa arak adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Ia bukan sahaja melibatkan peminum, tetapi terangkum pada setiap cabang kaitan arak. Amat kesal jika perkara begini turut dilakukan oleh golongan yang tahu agama. Malang!
Konklusinya, mari fahami firman Allah Ta’ala di dalam surah al-Maidah ayat 2 bermaksud:
“Dan hendaklah kamu saling tolong menolong dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan dan janganlah kamu tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan.”





di petik dari Faridrasihidi.com

About Me

My photo
BANTING, SELANGOR, Malaysia
Kasih sayang itu tali,kasih sayang pengikat hati
 
Raudhatunnur© DiseƱado por: Compartidisimo