topbella

Monday, December 14, 2009

selamat ulang tahun perkahwinan ke-4





Pada 11 dec yang lalu genaplah tahun keempat tarikh keramat kami selaku suami isteri..Alhamdulillah..setinggi-tinggi kesyukuran di rafa'kan kepada Tuhan yang Esa..kerana selama 4 tahun perkahwinan, kami di anugerahkan 2 puteri yang comel..Walaupun selama 4 tahun adalah waktu yang singkat..dan belum cukup untuk kami mengenali keunikan setiap pasangan..itulah mengapa di sebut perkahwinan itu sebagai sebuah 'institusi' bukan mahligai istana kaca...

Sebagai sebuah 'institusi'..pastinya di situlah pusat madrasah dan tarbiah untuk memperbaiki diri.Maha Suci Allah yang menciptakan pasangan 2 jantina yang berbeza lelaki dan perempuan tidak lain untuk berkenal-kenalan selain mngembangkan zuriat Adam di muka bumi ini.Amat pelik 2 jantina yang berbeza dari segi latarbelakang, keturunan, adat hidup serta budaya yang berbeza duduk bersama satu bumbung dan tidur sebantal demi melaksanakan tuntutan sunnah iaitu perkahwinan.Pastinya ia sesuatu yang sukar untuk di satukan!Tetapi..segala titik bengik perbezaan itu dapat disatukan dengan anugerah cinta dan kasih sayang..Sekiranya Allah tidak mencampakkan kasih sayang itu di muka bumi nescaya hancurlah segalanya dek peperangan yang tidak berkesudahan.

Ringkasnya..perkahwinan adalah satu platform untuk insan memperbaiki diri..bukan untuk menonjolkan ego masing-masing..Ingatlah, setiap peranan kita di dalam rumahtangga akan di tanya kelak..terlunaskah taklif yang terpikul di bahu..Justeru..sama-samalah kita ber'hijrah' dan menganjak paradigma lama di dalam diri yang sentiasa melesukan..Salam Maal Hijrah 1431
..

Thursday, December 3, 2009

Bermalam di Teratak Hijjaz

Tempat penginapan..kat dalam tak sempat nak ambil gambar


Wajah selepas habis pantang..still maintain lagi...




Haa..nampak kumpulan Hijjaz tu..depala 'tuan tanah'nya..


Kat sinila kumpulan Far eas hiburkan kami malam tu..live lagi..



Pintu gerbang yang mengalu-alukan kedatangan tetamu....



Pada 21 nov lepas, kami telah menghadiri Famili Day sekolah suami bertempat di Teratak Hijjaz- Astana Dugang ( not Dugong ye..)emmm...boleh tahanla jugak tempatnya.Bertemakan alam semulajadi ala-ala kat hutan( memang kat dalam hutan pun..dekat perkampungan orang asli Sg.Merab).Sesuai untuk majlis makan-makan dan penempatan pun not bad..tapi taklah seselesa motel apatahlagi hotel.Kelebihannya banyak tilam dan bantal disediakan dalam satu bilik.Selesa untuk 1 famili yang ramai.

Kami bertolak petang sabtu..untuk bermalam disana.Walaupun untuk satu malam, tapi saya berkemas beg besar macam sebulan tak balik rumah.Suami dah plan awal2..lepas balik dari Family Day.. isnin dah rush untuk mengikutnya ke Hotel De Palma Inn Shah Alam..kursus 3 hari..kiranya suami bayar sendiri.Balik je dari kursus terus je balik Ampang rumah mak mertua...sampai Ahad..huh..mengah jugak rasanya.. Apa2halpun..terisi jugaklah cuti ni..taklah duduk rumah je..
Pagi Ahad..aktiviti disediakan..sukan untuk guru-guru dan anak2.Saya tidak dapat menyertai sepenuhnya.Maklumlah dah ada puteri yang ingin beradu..kita pun ikut jugaklah beradu kat dalam bilik..sedar2 anak sulung saya dah masuk ke bilik kerana kepenatan..masuk je bilik..bagi susu terus buumm...
Kesimpulannya..walaupun Family Day kali ini ringkas dan padat tetapi menyeronokkan kerana dapat mengeratkan lagi ukhwah yang sebelum ini terputus..mana taknya..guru2 yang bertugas di sekolah suami kebanyakannya adalah bekas guru saya di SAMUSKD dulu...ilalliqo'..










Monday, November 9, 2009

Majlis tahnik & meraikan bakal haji


Alhamdulillah segala puji dan syukur bagi Allah yang telah membenarkan kami melaksanakan 2 majlis serentak walaupun berhadapan masa yang begitu sibuk.kami cuba mencari satu alternatif agar ibadah ini tidak akan hanya menjadi satu adat sahaja.Dikalangan orang melayu mereka melakukan sesuatu perkara berdasarkan adat semata-mata.Contohnya membuat majlis tahnik anak ada upacara memotong rambut bayi kemudian diletakkan didalam buah kelapa.Permulaanya baik tetapi ditengahnya dimasuki oleh perkara-perkara bid'ah.Banyak lagi sebenarnya perkara yang diadatkan.

Ramai juga yang datang pada hari tersebut,ada yang datang awal seperti cikgu md noor.Alhamdulillah yang boleh dijamah...maaf tak dapat melayan seperti yang sepatutnya.Kawan2 suami pun ada yang datang tapi mereka datang lebih kurang pukul 11 malam selepas program bersama dato hasan di masjid Kg.Bandar.

Mak dan abah juga kelihatan ceria kerana pada tahun ini dapat menunaikan fardhu haji yang telah tertangguh selama 12 tahun dan pada ketika itu saya berumur 16 tahun.Mungkin bukan ceria sepenuhnya tetapi kesedihan dalam keceriaan.Mak abah dari ampang juga datang dan tak bermalam disini walaupun dalam suasana keletihan.Mak abah bertolak dari sg buaya pada pukul 5.00 pagi.semapat lagi mak bertanya anak sulung kami tapi apakan daya dia sedang dibuai mimpi indah bersama 'katak'nya...

Saat abah mahu masuk ke kapal terbang sempat lagi telefon saya,ingatkan nak ucap selamat tinggal rupanya suruh petik pisang kat belakang rumah...takut membazir ...sempat lagi tuhhh...hehehe..Buat masa ini saya duduk kat rumah mak lagi..tolong 'jaga' anak bujang kat umah ni..hai biler depa nak kawin..

Saturday, October 24, 2009

30 tips ransangan anak bijak


Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama. .. jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya) . 30 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.

1-BERTENTANG MATAAmbil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya

.2-BERCAKAP-CAKAP DENGANNYAWalaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi

.3-JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADANLakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya..

4-JELIRKAN LIDAHKajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.

5-HASILKAN BUKU BINATANGSekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, 'bacalah' buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.

6-GELETEKLAH BAYI ANDAGeletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah-labah panjat perigi' dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.

7-TUNJUKKAN PERBEZAANPegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.

8-BERKONGSI PANDANGANBawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. "Tengok anak kucing tu." atau "Besarkan pokok ni!" atau "Dengar tak bunyi bomba tu?" - untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

9-NYANYIKAN LAGU UNTUKNYABelajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri ("mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin....") . Mainkan lagu Beethoven atau Beatles... Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

10-GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYAGunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.

11-SENTUH DAN RASASimpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.

12-PERGI MEMBELI-BELAHBila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.

13-BERI KATA KUNCIJika anda berkata, "Mak nak buka lampu ni," sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.

14-BERI KEJUTANKadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.

15-SEDIAKAN BANYAK TISUJika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.

16-BACA BUKUBerulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa.

17-MAIN CAK-CAKMenyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

18-JANGAN LUPA REHATLuangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda - tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

19-MAIN DENGAN WARNAPilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.

20-BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYAApabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza - termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

21-ANGKATKAN SAHAJAJika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.

22-BIAR DIA MEMBEBELBayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.

23-LATIHAN MENEKAGunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.

24-BINA LALUAN HALANGANTingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayibgaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.

25-IKUT RENTAKNYASemakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.

26-BUAT MUKA LAWAKKembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.

27-RASA SEKELILING ANDABerjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me'label' barangan tersebut.

28-CERITAKAN KISAH DONGENGPilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.

29-BAYANGAN WAJAHBiarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi "yang lagi satu" senyum dan melambai padanya.

30-(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS-Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira - dan boleh berlatih menghafal nama warna.

Tuesday, September 29, 2009

cahaya anugerah aidilfitri...





















Sudah hampir sebulan tidak updatekan blog ni...selain sibuk menjalani ibadah puasa, saya turut merasakan debaran menanti cahayamata kedua....alhamdulillah..ramadhan berlalu maka tibalah syawal yang penuh makna...tanggal 2 syawal kami suami isteri sekali lagi dianugerahkan oleh Allah seorang bayi perempuan seberat 3.2kg...muka pun iras uminya..adillah..yang first anak walid..kini...sudah 7 hari berlalu, menjadi tanggungjawab memberikan nama yg baik..NUR IMTINAN FITRIAH...-"Cahaya anugerah aidilfitri"...tapi pandai betul dia..tak kena fitrah sebab lahir pada raya ke 2...

Pengalaman melahirkan anak ke 2 ni lain sikit...keluar tanda nak bersalin last ramadhan tapi tak sakit... sempatla raya pertama pergi rumah nenek dan pakcik terdekat...tapi jalan dah lain macam...mlm tu..kawan datang beraya, tengok cara saya berjalan pun dia dah tahu esok pagi comfirm bersalin.Masin lidah dia..tepat pukul 1.00 pagi, "contraction" bermula ..saya kira ni kalau lebih 3 kali..mesti terus pergi hospital...saya bagitau suami jom bersiap...kami pun bertolak ke hospital putrajaya yang memakan masa 45 minit.sempatla isi minyak sementara saya menahan sakit yang berselang 5 minit.

Sampai di hospital, doktor check bukaan baru 3cm.saya dimasukkan ke wad.Doktor kata tak lama..mungkin esok pagi..sepanjang malam saya menahan sakit..rupanya tanpa disedari air ketuban sudah keluar.Bukaan sudah 5cm.Doktor serta jururawat sibuk menyediakan peralatan...check jantung baby, flat aje..menandakan baby tidur...sudah...doktor suruh tunggu lagi dalam 2-3 jam..saya sudah tak tahan sakit..saya bagitau rasa macam nak buang air besar...doktor kata kalau terasa macam tu..teran aje..rupanya baby nak keluar...

Hampir 10 minit...saya teran sekuat hati tapi tak lepas.Suami bagi sokongan supaya teran sekuat hati..mungkin tiada tenaga, tak teringat nak makan sebelum masuk labour room..dengan malam tak tido...alhamdulillah..tepat jam 9.18 pagi, baby pun keluar tapi tak nangis..saya dah risau..beberapa minit baru kedengaran tangisan yang dinanti...rupanya dia baru bangun tido agaknya...

Setelah siap dan selesai jahitan, tiba2 saya mengalami pendarahan yang banyak...2 doktor pakar dipanggil.Rupanya saya mengalami luka di saluran serviks dan harus dijahit dan di cuci...tiba2 saya rasakan dunia gelap gelita...rasa macam nyawa di hujung...tetapi...alhamdulillah..rupanya, Allah masih memberi peluang untuk saya bernafas kembali..
Kini..saya baru nak belajar macamana nak menjaga 2 orang anak...walaupun sedikit penat, tetapi anak adalah penghibur...bila fikirkan emak saya mampu menjaga anak 8 orang, kenapa saya tidak boleh...itulah motivasi untuk saya....














Thursday, August 27, 2009


PERGI TAK KEMBALI..


Walaupun sudah beberapa hari berlalu kepulangan Ustaz Asri bertemu Rabbnya...saya masih merasakan pemergian beliau..suara merdunya yang masih kedengaran kali ini lebih tertangkap di telinga.Ini kerana mungkin jasadnya sudah tiada di dunia ini lagi..hanya amal-amal dakwahnya melalui suara masih mengalir.Semoga menjadi amal jariah dan saham untuknya kelak...


'Keterasaan' saya masih lagi membara mungkin disebabkan saya pernah berhubung rapat dengan adik beliau, Siti Mahfuzah Ibrahim suatu ketika dulu.Wajahnya tak tumpah seperti arwah abangnya..sering menggamit kenangan semasa zaman belajar di kolej dulu.Pernah duduk serumah tentu sekali cukup mengenali wataknya yang sebenar.Siapa tak kenal Siti Mahfuzah tu..yang mempunyai kredibiliti selaku pemimpin ketika di pentas mahasiswa..bila kat rumah..semua menyenangi keletah beliau yang ramah dan suka menolong orang..tak tumpah seperti abangnya..


Tapi sayang..semua tinggal kenangan.Paling mengecewakan saya sudah terputus hubungan dengannya...apatahlagi untuk mengucapkan takziah di atas pemergian abangnya yang cukup mengejutkan...

Saturday, August 15, 2009

MAJLIS HALAQAH ALQURAN











Pada 8 & 9 Ogos lalu penulis telah menghadiri Majlis Halaqah Alquran anjuran Maahad Integrasi Tahfiz Sains & Teknologi Istana Bandar (MITIB).Majlis yang dihiasi dengan bacaan 30 juzuk Alquran telah disempurnakan seramai lebih kurang 16 huffaz jemputan dan pelajar MITIB sendiri.

Antara objektif diadakan majlis tersebut ialah untuk melahirkan suasana pembacaan Alquran, mewujudkan masyarakat yang sentiasa mendengar Alquran dan menyediakan alternatif kepada masyarakat untuk menyedekahkan bacaan tahlil kepada arwah.


Majlis penutup telah disempurnakan oleh Alfadhil Maulana Mustafa dari Keramat.Semoga doa dan kalam nasihah dari beliau memberi manfaat kepada pelajar Mitib dan tetamu yang hadir..

Monday, August 10, 2009

BERSANGKA BAIK KEPADA ALLAH

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib,bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu dia pun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohonkepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe..... Amin" .Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe . Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe , Amin".Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa."Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin".Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi.Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe . Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi.Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah,berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi. "Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe ,tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi.Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah.Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England ,si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...Moral:Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.Kedua: Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.Ketiga : Tiada yang mustahil bagi TuhanKeempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidakpernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU, menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan...Oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain agar kebaikan boleh sama dikongsi.Mudah-mudahan Allah suka dengan apa yang kita buat..

Saturday, August 8, 2009

ALQURAN :TEMAN DI DUNIA, SAHABAT DI AKHIRAT


Walau apa sekalipun jangan tinggalkan Al Quran...bacalah setiap hari paling sedikit 1 helai. Jika sibuk sekali pun carilah masa utk membacanya. jadikan hati kita sentiasa dekat dgn quran kerana quran itu cahaya penyuluh hidup Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al - Quran " Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al - Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya. Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan. Tetapi orang yang kacak itu akan berkata :"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekali pun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!" Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata : "Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat"."Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi" .Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat - malaikat dari syurga" Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita.
Kita tahu tentang tingginya syafaat Al - Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi. Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan - amalan kita sewaktu di dunia. Allah telah menjanjikan Al - Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar. Dekatilah Al - Quran dan jadikalah ia teman di dunia dan pemberi syafaat di Akhirat. Semoga Allah swt memberikan kita restu dan hidayahnya.. ...MARI BACA AL-QURAN!! !

Thursday, August 6, 2009


Perilaku Berdasarkan Tarikh Lahir Islam… HIJRAH
Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan.
MUHARRAM
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.
SAFAR
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.
RABIULAWAL
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.
RABIULAKHIR
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.
JAMADIL AWAL
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.
JAMADIL AKHIR
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.
REJAB
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.
SYA’ABAN
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki. (Lahir pada bulan ini. Amin... Moga2 saya mendapat semua kebaikan di atas.)
RAMADHAN
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.
SYAWAL
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.
ZULKAEDAH
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan. Dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.

Wednesday, August 5, 2009

KALAM IBTIDAK


MENCARI SAKINAH DALAM KEHIDUPAN...


Ramai manusia mencari definasi kebahgiaan...kerana kebahgiaan adalah matlamat hidup setiap insan.Manusia hilang arah dan pedoman sekiranya kebahgiaan yang dicari tidak ditemui....lantas membangkitkan situasi songsang.Namun...apakah akal kita tidak berputar memikirkan adakah benar atau salah matlamat yang kita paksikan di fikiran dan tekad kita..sesuai dengan fitrah kejadian manusiawi itu sendiri yang akhirnya menuju Tuhannya...


Kebanyakan manusia samar dalam menentukan erti kebahgiaan...ada yang menyatakan bahagia apabila sudah mencapai target untuk membeli kereta mewah, rumah yang selesa, anak-anak yang ramai, isteri yang cantik dan membahagiakan, pangkat dan kemewahan.Adakalanya...impian yang seperti itu sering bermain di minda bagi mereka yang masih belum mencapai apa yang diimpikan hinggakan ajal menjemputnya dahulu....lantas...tinggallah impian itu sebagai angan-angan sahaja.


Manakala..ada sesetengah kelompok menyatakan bahawa sesungguhnya dia sudah cukup tenang dan bahagia andai keperluan asas seperti cukup makan dan pakai,rumah yang sederhana,kenderaan yang sekadar boleh membawa kemana sahaja tempat yang dituju,anak-anak yang taat walaupun tidaklah secerdik genius, mudah melakukan ibadah dan solat.Baginya itu sudah memadai...kerana asas matlamat hidupnya bahawa dunia itu hamparan untuk ke akhirat..


Konklusinya..definasi bahagia tidaklah sama antara jiwa setiap insan.Semuanya bergantung kepada halatuju pandangan matahatinya yang dilandaskan dengan ilmu dan iman.Kerana mereka mengetahui bahawa.."Sesungguhnya dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu."

About Me

My photo
BANTING, SELANGOR, Malaysia
Kasih sayang itu tali,kasih sayang pengikat hati
 
Raudhatunnur© DiseƱado por: Compartidisimo