topbella

Wednesday, October 20, 2010

Always be there-Maher Zain


Allahu Akbar…
If you ask me about love

And what i know about it
My answer would beIt’s everything about Allah
The pure love, to our souls
The creator of you and me,the heaven and whole universe
The one that made us whole and free
The guardian of HIS true believers
So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
So when the time is hard

There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart
So when you lose your way

To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…
HE bring ourselves from the darkness into the light

Subhanallah praise belongs to YOU for everything
Shouldn’t never feel afraid of anything
As long as we follow HIS guidance all the way
Through the short time we have in this life
Soon it all’ll be over
And we’ll be in His heaven and we’ll all be fine
So when the time gets hard

There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart
So when you lose your way

To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…
Allahu Akbar…
So when the time gets hardThere’s no way to turn

As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be thereHE’s always watching us, guiding us
And he knows what’s in all in our heart
So when you lose your wayTo Allah you should turn

As HE promise HE will always be there…
Allahu Akbar…

Thursday, September 16, 2010

AKULAH......SIAPA KAMU




Akulah..... Siapa kamu?
Lahirku di Kampung Al-Jaurah,Selatan Tebing Gaza, 1938 Masihiah,Tercetus perang 1948, familiku berpindah,Mengharung kaki menuju Ghazzah. (Gaza)
Tika asyik beriadah bersama teman, Malang menimpa, aku terhumban, Lumpuh seluruh badan, Namun, kutekad kekuatan, Lumpuhku tidak bisa menghalang pergerakan, Minda, fikiran, tadbir jua amalan...
Kutamatkan pengajian sekolah,Kuteruskan ke Universiti Ain Syams, padah,Setahun berlalu dan aku terpaksa berhenti,Hati yang terhiris itulah,Yang kubawa ke Mesir gagah,Kukenal Ikhwan, sertai jamaah.
Di Palestin,Akulah guru, mengajar tatatertib,Berkhutbah di masjid, akulah khatib,Akulah pengasas Majma' Islami,Pada 70-an tekad bersemi.
1983, aku ditangkap dituduh,Pengasas Majd Mujahidin pembunuh,13 tahun penjara, mahkamah menyuruh,Namun terbebas selepas bulan kesepuluh.
Kuasaskan lagi gerakan HAMAS,Gerakan Penentangan Islamiah, kemas,1987, HAMAS berdiri tegas!
Sekali lagi, ditangkap askar Yahudi,Dihukum penjara seumur abadi,Ditambah 15 tahun lagi,Kerana mengasas HAMAS menggempa Yahudi!
Makin hari, kumakin lemah, di penjara,Pandangan kananku hilang mutiara,Mata kiriku kabur, terseksa didera,Penyakitku kronik, dihantar ke Hospital Penjara
.
Subuh 1 Oktober 1997 barakah,Aku dibebas dengan janji payah,Antara Jordan & Israel laknatullah,Selepas serangan Khalid Masy'al tergagal, musnah.
Kusenyum, kulihatIntifadah Aqsa, bangkitnya ummat,Menentang, melawan Zionis penjajah laknat,Hingga terbunuh jua tercedera berat.
Pagi,Malam Isnin aku bersolat sendiri,Munajatku mohon ke hadrat Ilahi,Agar ganjaran Syahid diberi di sisi,Dan kuniat puasa di pagi hari.
Masjid, 22 Mac 2004 - Fajarnya,Usai solat Subuh, tiada lama hanya,Tika berjalan pulang, aduh sakitnya,Tiada rasa nyeri, pulanglah,Pulanglah ke hadrat Tuhanku, Allah,Haruman syurgawi, rohpun terbanglah,Duniaku, pisahlah,Nyata kerananya dan kerana-Nya aku lelah...
Akulah Syeikh Ahmad Ismail Yasin! Siapa kamu? Apa yang kamu telah sumbangkan untuk agama Allah?

Monday, August 30, 2010

Wednesday, August 4, 2010

Destinasi cinta


Sudah lama tidak menarikan jemari di keyboard...maklumlah..masyghul awi2 dengan rutin seharian ditambah dengan kepulangan kekanda tersayang..sudah sepurnama kepulangan suami di sisi..seronok dengan suasana 'kekeluargaan' yg 2 bulan terkoma seketika..


pejam celik pejam celik...bulan yg dinanti setahun sekali bertandang kembali...adakah masih berpeluang untuk bertemu semula...?moga2 Allah masih memberi kekuatan dan dipanjangkan umur untuk menghirup kelazatan nikmat beribadah..tatkala ramadhan kembali bertandang terkenang saat indah menyambut ramadhan di ardhul kinanah yg tiada tolok bandingnya...kadangkala sehingga menitiskan airmata betapa rindunya pada hembusan debu2 bumi anbiyak...Moga suatu hari nanti..masih tersisa rezeki untuk menghirup udara madeterrenian di bumi iskandariah...


Madrasah rabbaniah bakal hadir...sudah bersediakah roh dan jasad ini untuk ditarbiah agar melahirkan semula roh yg segar dan tegar mengharungi dugaan duniawiyah..wahai sahabat...sama2lah kita menyambut dengan mangkuk hati untuk dicurahkan dengan limpah dan rahmat dari Yang Maha Penyayang...salam Ramadhan Kareem...

Thursday, July 1, 2010

Piala Dunia: Waspada Daripada Mempromosikan Kekufuran!


Stadium bergempita. Tidak cukup sorakan manusia, vuvuzela mengalunkan pula irama lebah memenuhi pelusuk dunia. Seluruh bangsa-bangsa manusia bersatu. Seolah-olah dunia tidak pernah bersengketa. Bagaikan manusia tidak pernah berperang. Semuanya berhenti dan menumpu pada sebiji bola bernama Jabulani.

Isu-isu besar khali tanpa suara. Senyap tiada bernada. Yang berbunyi adalah bicara tentang sebiji bola dan siapa bakal merangkul juara.
Isu gula mahal tenggelam timbul. Isu Gaza terhenti seketika. Isu liwat juga seperti hilang taringnya sementara. Pokok pangkalnya, kedai-kedai kopi ceruk kampung hingga ke meja bulat persidangan antarabangsa, semuanya berkisar tentang kesebelasan pasukan pilihan utama.

Tertarik saya pada satu iklan siaran TV Mesir mengenai Piala Dunia. Gambarannya begini, sekumpulan pekerja lelaki di dalam pejabat siap berpakaian kot secara tiba-tiba berubah menjadi pemain bola. Mereka berlumba-lumba memasukkan ‘sesuatu’ yang dianggap bola ke dalam beg. Selepas berjaya bola dijaringkan ke dalam beg, mereka bertukar-tukar baju kot. Sebuah simbolik kepada perlawanan dunia.

Iklan kedua wataknya adalah wanita. Dua orang wanita berkejaran di dalam pasaraya mahu mendapatkan suatu barangan yang terhad. Posisi mereka seperti bermain bola. Siap beraksi tarik menarik baju, lalu dikenakan kad atas kekasaran itu. Kamera litar pasaraya dijadikan bahan bukti utama simbolik perlawanan olok-olok.
Dipendekkan cerita, bulan Jun dan Julai tahun ini adalah pesta temasya besar dunia yang fokusnya pada titik Piala Dunia. Segenap ruang legar media berkisar di situ. Mahu mengaut keuntungan lebih juga adalah titiknya di situ.

KITA ADALAH MEREKA?
Seperkara saya kira ianya amat penting untuk dimuhasabahkan bersama. Sedang ralit dalam bergabung di dalam keghairahan bola sepak Piala Dunia, cuba kita memerhati perlakuan mahupun suasana di sekeliling kita. Apakah perkara kebetulan ini adalah sengaja ataupun tanpa disedari berlaku.
Perkara apa?
Bunyinya agak menyesakkan. Ya, jika kalian seorang muslim – harus peka!
Mempromosikan Lambang Salib
Fenomena ini sudah lama berlaku tanpa disedari mahupun dalam situasi bawah sedar. Cuba perhatikan, kebanyakkan negara yang menyertai Piala Dunia setiap 4 tahun sekali ataupun kejuaraan Liga picisan lainnya adalah dibayangi negara berlambangkan logo salib.
Lalu dalam sedar atau tidak, ada sebilangan dari kita dengan senang hati menyarung jersi berlambang salib itu. Ia dianggap remeh. Alasannya adalah semata-mata menyarung jersi. Soal gambar atau logo itu bergantung kepada niat. Wah, lancang sekali mulut berbicara tanpa berlapik.

Sedangkan Rasulullah SAW pernah berpesan di dalam sebuah hadis bermaksud:
Daripada Ibnu Umar r.a berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang menyerupai dengan sesuatu kaum maka beliau tergolong di kalangan mereka.” (Riwayat Ahmad)
Di dalam memahami masalah ini juga, kita harus melihat bahawa syara’ menegah sesiapa sahaja termasuk kafir zimmi (non-muslim yang menetap di bawah negara Islam) supaya tidak menzahirkan syiar-syiar agama kuffar di tempat khalayak awam. Sedangkan kafir zimmi juga fuqaha’ sudah menetapkan hukum sebegitu, inikan pula kita yang bergelar muslim.
Perkara ini dengan jelas dikhabarkan oleh Al-Ustaz Doktor Muhammad Said Ahmad Amir di dalam kitab Muhadharat Fiqh as-Sadah asy-Syafie’iyyah di bawah penerangan tajuk larangan kafir zimmi menzahirkan kemaksiatan di khalayak umat Islam secara terbuka. Ini termasuklah menzahirkan salib kristian, menzahirkan konsep triniti (seperti kepercayaan Yahudi dan Nasrani bahawa al-Masih Isa dan Uzair adalah anak Tuhan), memperlihatkan kemungkaran, menayangkan arak dan babi.
Jelas.

Lalu apakah kita mahu menjadi sebahagian daripada mereka? Nauzubillahhi minzalik. Mari muhasabah kembali sahabat-sahabiah.
Menzahirkan Lambang Arak
Terdapat sesetengah jersi bola sepak umumnya turut menzahirkan lambang syarikat arak yang menaja pasukan. Ini jelas terpampang pada sesetengah jersi berjenama dunia, baik di dalam perlawanan bola sepak liga mahupun piala berprestij khususnya World Cup.
Dan perkara ini seolah-olah dipandang enteng oleh sesetengah muslim yang sedar, walhal dosa arak adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Ia bukan sahaja melibatkan peminum, tetapi terangkum pada setiap cabang kaitan arak. Amat kesal jika perkara begini turut dilakukan oleh golongan yang tahu agama. Malang!
Konklusinya, mari fahami firman Allah Ta’ala di dalam surah al-Maidah ayat 2 bermaksud:
“Dan hendaklah kamu saling tolong menolong dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan dan janganlah kamu tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan.”





di petik dari Faridrasihidi.com

Wednesday, June 9, 2010

Bertaubatlah


Dalam hadis Qudsi Allah berfirman : Sesungguhnya Aku,jin dan manusia duduk dalam khabar yang besar.Aku menciptakan manusia tetapi masih ada lagi manusia yang menyembah selain daripada Aku.Ya Allah terasa begitu hebat sekali jika kita cuba memikirkan kehebatan Allah yang menjadikan kita.Dalam waktu kita diberi nikmat dan rahmat,masih ada lagi golongan yang mencari tuhan selain ALLAH.


Bila menyelami hadis ini,terasa kita begitu kerdil dan hina di hadapan Allah.Apa tidaknya,kita sudah diciptakan kemudian kita mencari tuhan selain Allah.Contohnya dalam bulan Ramadhan.Pelik betul melihat gelagat manusia.Allah janjikan bulan ini dengan pelbagai perkara,bermula dengan rahmat kemudian maghfirah dan diikuti dengan pembebasan daripada api neraka,sayangnya manusia bukan setakat rebah dihujungnya tetapi awalnya dah 'kondem'.lihatlah masjid hanya dipenuhi sehingga 8 rakaat sahaja(bagi yang buat 20),kalau buat 8 maka akan hilang ketika rakaat yang ke 4.katanya sebab esok nak kerja.sedangkan balik pun tak tidur lagi.sibuk melayan astro,sembang di kedai kopi sampai tak ingat dah nak pagi.tapi bila di minta untuk overtime oleh boss,senyum sampai ke gusi tetapi dengan Allah banyak pulak songehnya.Walhal sepatut yang direbut adalah hujungnya.Tidak beerti jika seseorang tidak boleh untuk bebas daripada api neraka,kerana itulah natijah kehidupan manusia.


Inilah yang disebut oleh Dr Yusof Al-Qaeadhawu iaitu " janganla kamu menyembah Ramadhan,kerana Ramadhan akan mati,tetapi sembahlah Allah kerana Dia hidup dan tidak akan mati.Lihatla betapa hebatnya kalam seorang ulamak.Manusia sering kali meminggirkan tuhan bila mereka senang,tetapi melupakan apabila sebaliknya.Terdapat ayat Allah yang menceritakan akan lupanya manusia pada penciptanya.Akhirnya kerana lupanya mereka pada Allah menyebabkan Allah lupa pula pada mereka dan seterusnya akan menjadikan mereka golongan yang ditimpa azab oleh Allah di dunia lagi.


Seharusnya tsunami di Acheh dan angin kuat di Melaka dijadikan iktibar dan pengajaran untuk kita semua agar segala nikmat yang Allah berikan ini akan dapat kita jagi daripada terlepas.Marilah kita rebut peluang untuk mencari malam lailatulqadar dan beroleh pembebasan daripada api neraka.Antara golongan yang bebas adalah


1) orang yang mengerjakan sembahyang sunat qabliah dan ba'diah

2) Sembahyang sunat 4 rakaat qabliah dan ba'diah Zohor

Saturday, May 29, 2010

expresi hati...


'Hati itu ibarat raja,lidah itu ekspresi bagi hati'..itulah kalam seorang ustaz yang masih terngiang2 di telinga...sekiranya hati seseorang itu baik,maka baiklah keseluruhannya...maksud keseluruhannya ialah prilaku, perkataan dan segala tindakan kerana hatilah yg mengemudi segala perlakuan.Pokok pangkalnya...bersihkan hati dulu insyaAllah terserlahkan bunga diri iaitu akhlak.


Kadang2 hati ini termangu lidah terkelu...kepala menggeleng mengenangkan ragam manusia...rambut sama hitam darah sama merah...hati tetap berbeza..walaupun manusia dikurniakan aqal yg waras, namun tetap kalah dek penangan nafsu yg menguasai hati..pendek kata,aqal, nafsu dan hati andainya tidak diikat dengan tali iman...binasalah hidupnya..


Allah SWT berfirman:
أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَن تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ فَاسِقُونَ
Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik. (QS Al Hadid:16)


Dengan hatilah Allah menilai adakah seseorang itu layak masuk ke syurgaNya atau nerakaNya...Pandangan manusia yg terbatas ini biasanya tertipu dengan topeng hati.Apakah topeng hati?iaitu jasad lahiriah yg melindungi hati...mata kasar melihat mereka yg berpenampilan menarik, wajah yg gebu dan putih melepak itu adalah makhluk yg cantik..langsung memuji,"eh,cantiklah awek tu."Lantas lupa memuji Yang Mencipta kecantikan itu.Tetapi adakah hatinya turut cantik?itu adalah jawapan yg sukar diketengahkan..


Memang benar..soal hati adalah urusan Allah kerana Dia Yang Maha Tahu...tetapi ingat kita sering diperingatkan tanda2 hati..disitulah kayu pengukurnya...


Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:
1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.


Justeru itu...semaklah hati kita...muhasabahlah diri agar kita tidak penasaran...esok masih ada tapi kita tidak tahu esok untuk siapa...jangan terlalu melihat aib org lain sedangkan kita lupa apabila kita membuka aib saudara yg lain Allah akan membuka aibnya sendiri....


Al faqirah ilaAllah...WASSALAM.

Tuesday, May 11, 2010

Teruskan perjuangan...

bye..bye..










11 Mei 2010..adalah hari bersejarah...walid pergi meninggalkan imtinan dan ibtisam demi melunaskan tanggungjawab penuntut ilmu Allah SWT dibumi syiria....Selaku ibu dan isteri, kekuatan harus dikumpulkan demi melangsungkan rutin kehidupan..Ikutkan hati nak ikut sekali tetapi apabila memikirkan tanggungjawab diri,anak2 dan sekolah..lupakan saja hasrat itu...takpe 3bln je...
Teruskan perjuangan wahai suamiku...tunjukkan pada anak2 dan isterimu semangat untuk menuntut ilmu...InsyaAllah..klu ada rezeki dan panjang umur...ummi pulak pergi...









Saturday, April 3, 2010

DLM LAUT ADA SUNGAI?





“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)
Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.
Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.
Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.
Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.
Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidakditemukan mutiara.
Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silamakhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.
Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”
Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.
Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.
Sumber : http://ivandrio.wordpress.com

Saturday, March 20, 2010

Pesta yang berbaloi!







Teringin sangat2 nak baca novel islamik tapi...bila pulak nak baca,tak sempat....




Pesta yang dinanti setiap tahun kembali lagi...bermula dari 19 mac berlangsung selama seminggu di PWTC, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 menjengah di sini..seperti biasa banyak diskaun yg diberikan..tak rugi membeli.


Walaupun membawa 2 orang anak kecil, alhamdulillah si baby memberi kerjasama sepenuhnya..cuma si kakak yang terlalu teruja agak sukar dikawal..apa2halpun..still tak puas..mcm nak pergi lagi...tapi budget pun kena tengok jugakkan..Disebabkan kami datang pada hari pembukaan, ramai artis yg jumpa antaranya in-team, Dr.Fazley dan ramai lagi muka2 yg familiar tapi tak kenal..

Memandangkan ayah mertua sedang sakit, kami menghadkan masa untuk me'round' lebih kurang 1 jam setengah.Biasanya, klu tahun2 lepas hampir 2-3 hari kami 'join' pesta yg menyeronokkan ini..sedar tak sedar kadang lari budget..

Ok...jom kita ke sana beramai2....

Tuesday, February 23, 2010

Makan ikut sunnah Nabi SAW

Setiap tahun kita meraikan kelahiran Nabi kita Muhammad SAW dengan penuh gilang gemilang..Tidak dinafikan perlunya kita membesarkan syiar tetapi yang lebih utama ialah mengamalkan syiar tersebut.Sebagai contoh, berapa ramai yang mengamalkan sunnah nabi hatta perkara yang sekecil2nya iaitu bab makan..Islam itu syumul..setiap yang dilakukan oleh baginda pasti sebagai petunjuk bagi manusia..

Makanan yang tidak boleh dicampur dalam satu hidang

1.Susu dgn ikan

2.Cuka dgn susu

3.Buah-buahan dgn susu

4.Daun salad dgn ikan

5.Bawang putih dgn bawang merah (jika dicampur boleh menyebabkan lumpuh,bawang besar jika dimakan selama 40 hari berturut-turut boleh menyebabkan bintik hitam di muka)

6.Daging segar dgn daging kering

7.Benda masam dgn benda berasid seperti cuka

8.Cuka dgn nasi

9.Buah delima dgn serunding

10.Telur dgn ikan.

**Semua ini jika diamalkan boleh menyebabkan penyakit Lumpuh dan stroke.
**Tidur seketika (10-15min) sebelum zohor boleh mengembalikan tenaga!!

Thursday, February 18, 2010

ya Habibi ya Mustofa..


Sunday, January 17, 2010

ERTI TAAT

Selepas Allah menceritakan kepada kita tentang bagaimana untuk memujinya,lantas diteruskan pula sebab apa manusia perlu meminta kepada Allah dan diberikan juga tentang apakah jalan yang seharusnya diminta kepada Allah..Antara perkara yang manusia perlu minta pada Allah adalah memohon ketaatan kepada Allah.Tidak kira samaada taat melakukan ibadah ataupun sebaliknya.

Kenapa perlu taat?Apakah kehebatan taat?Kalau kita melihat sesungguhnya ketaatan itu adalah hakikat ibadah bagi mansusia.Manusia tidak dapat lari untuk taat.Kerana hanya dengan ketaatan manusia tahu menilai sesuatu perkara yang baik dan buruk.Sebab itu dalam kehidupan seharian kita ketaatan itu penting,mahu melahirkan manusia yang menjaga hubungan dengan Allah pastinya perlukan ketaatan.Kalau ia tiada pastinya manusia akan berbuat apa sahaja.Di depan manusia pijak semut tak mati tapi di belakang manusia...



Antara mengapa perlu taat lagi adalah kerana matlamat sesuatu perkara.Setiap apa yang dilakukan oleh manusia ada tujuannya.Mengapa Islam melarang manusia untuk menjauhi zina pastinya ada kebaikannya.Begitu juga dengan taat..antaranya untuk melahirkan sifat rasa cinta,kasih dan membesarkan Allah.Lihatlah ulama yang mana taat dengan Allah mereka pasti akan dapat nikmat cinta bersamaNya.Hari ini kita tak dapat sebab mana pernah kita taat segala-galanya..Contohnya kita diminta untuk membaca Al-quran,bukannya membaca tapi nak tengok tafsir pun payah..tapi bila berdoa nak minta duduk dengan Nabi.itu baru suruh buka tafsir untuk jadikan bahan bacaan,bayangkan benda yang lain.Sebab itu kita tak dapat cinta Allah lagi dek kerana amalan yang kita buat belum mencapai statusnya lagi..

Monday, January 11, 2010

mak abah dah balik...







Pada 28dec lepas, tibalah kepulangan yang di nanti...mak abah dan abang sulung telah pulang dengan selamatnya ke tanah air setelah menunaikan rukun islam ke 5 pada pukul 3.30ptg....Semua adik beradik turun ke klia cuma kakak yang kat kulim & abang yang ke 4 je tak pegi..kena jaga rumah.

Mereka balik terus je buat kenduri...atas bantuan jiran..yang paling tak patut bolehnye kami tiba lewat sementara mereka dah turun ke klia..maklumlah..masing2 ada anak kecik...saya tak sempat nak jamah makanan kerana kelam kabut...balik je rumah..dengan muka tak malu.. .saya terus cari makanan macam saya pulak yg baru balik mekah..lapar tak ingat orang...


Inilah wajah terbaru hujjaj...didoakan semoga kaabah melambai tanda menjemput kami pula....semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki untuk ke sana...mcm tak sabar nak pegi tapi duit tak cukup lagi...
Dengarnya abang yg ke5 nak balik dari new zealand..pi lg klia....

About Me

My photo
BANTING, SELANGOR, Malaysia
Kasih sayang itu tali,kasih sayang pengikat hati
 
Raudhatunnur© Diseñado por: Compartidisimo