topbella

Wednesday, June 9, 2010

Bertaubatlah


Dalam hadis Qudsi Allah berfirman : Sesungguhnya Aku,jin dan manusia duduk dalam khabar yang besar.Aku menciptakan manusia tetapi masih ada lagi manusia yang menyembah selain daripada Aku.Ya Allah terasa begitu hebat sekali jika kita cuba memikirkan kehebatan Allah yang menjadikan kita.Dalam waktu kita diberi nikmat dan rahmat,masih ada lagi golongan yang mencari tuhan selain ALLAH.


Bila menyelami hadis ini,terasa kita begitu kerdil dan hina di hadapan Allah.Apa tidaknya,kita sudah diciptakan kemudian kita mencari tuhan selain Allah.Contohnya dalam bulan Ramadhan.Pelik betul melihat gelagat manusia.Allah janjikan bulan ini dengan pelbagai perkara,bermula dengan rahmat kemudian maghfirah dan diikuti dengan pembebasan daripada api neraka,sayangnya manusia bukan setakat rebah dihujungnya tetapi awalnya dah 'kondem'.lihatlah masjid hanya dipenuhi sehingga 8 rakaat sahaja(bagi yang buat 20),kalau buat 8 maka akan hilang ketika rakaat yang ke 4.katanya sebab esok nak kerja.sedangkan balik pun tak tidur lagi.sibuk melayan astro,sembang di kedai kopi sampai tak ingat dah nak pagi.tapi bila di minta untuk overtime oleh boss,senyum sampai ke gusi tetapi dengan Allah banyak pulak songehnya.Walhal sepatut yang direbut adalah hujungnya.Tidak beerti jika seseorang tidak boleh untuk bebas daripada api neraka,kerana itulah natijah kehidupan manusia.


Inilah yang disebut oleh Dr Yusof Al-Qaeadhawu iaitu " janganla kamu menyembah Ramadhan,kerana Ramadhan akan mati,tetapi sembahlah Allah kerana Dia hidup dan tidak akan mati.Lihatla betapa hebatnya kalam seorang ulamak.Manusia sering kali meminggirkan tuhan bila mereka senang,tetapi melupakan apabila sebaliknya.Terdapat ayat Allah yang menceritakan akan lupanya manusia pada penciptanya.Akhirnya kerana lupanya mereka pada Allah menyebabkan Allah lupa pula pada mereka dan seterusnya akan menjadikan mereka golongan yang ditimpa azab oleh Allah di dunia lagi.


Seharusnya tsunami di Acheh dan angin kuat di Melaka dijadikan iktibar dan pengajaran untuk kita semua agar segala nikmat yang Allah berikan ini akan dapat kita jagi daripada terlepas.Marilah kita rebut peluang untuk mencari malam lailatulqadar dan beroleh pembebasan daripada api neraka.Antara golongan yang bebas adalah


1) orang yang mengerjakan sembahyang sunat qabliah dan ba'diah

2) Sembahyang sunat 4 rakaat qabliah dan ba'diah Zohor

About Me

My photo
BANTING, SELANGOR, Malaysia
Kasih sayang itu tali,kasih sayang pengikat hati
 
Raudhatunnur© DiseƱado por: Compartidisimo